Sajer nak menulis secara spontan.. dah lama tak update blog.. inspirasi hilang entah kemana.. membawa diri atau mengundur diri.. masih lagi dalam siasatan.
Hubungan yang baik.??
Perhubungan, terutamanya sebuah perhubungan cinta tanpa apa-apa ikatan yang sah adalah satu perkara yang sangat goyah, yang pasti boleh mendatangkan beberapa konflik dalaman pada setiap mereka yang mengharunginya. sejauh mana sebuah perhubungan tu dikatakan selamat andai kedua-dua yang terlibat sukar untuk mengenal dengan pasti kekuatan dan kesetiaan dalam diri?.ini adalah dikatakan sebagai punca sakit jiwa dikalangan mereka yang mempunyai hubungan sebegini.
ada beberapa sebab mengapa sukar untuk bertahan dengan kepercayaan yang telah di amanahkan. jika sebuah hubungan itu seadanya sudah tercemar dengan kekurangan kepercayaan antara satu sama lain, dan telah terbukti dengan nyata bahawa wujud keraguan begitu, pasti perkara sebegitu lebih menjadi mudah walaupun akibatnya sesuatu yang agak pahit untuk ditelan bila amanah yang telah diberi tercalar oleh si dia.Tapi! andai perasaan yang datang hanya syak wasangka tanpa bukti yang kukuh, cuma mengikut kata-kata hati yang takut dengan sebuah kekecewaan, bagaimana nak menentukan kesahihan perasaan tersebut?. sanggupkah untuk terus menjalin hubungan dengan perasaan syak atau pun mampu untuk menepis perasaan tersebut dan kembali seperti normal?.perasaan begini adalah perasaan yang lebih cenderung pada atitude seorang yang paranoid.Takut pada sesuatu yang tidak pasti dan sentiasa memikirkan sesuatu yang negatif. Tidak Optimis.
Perkara pertama yang kita akan sentuh bila bercerita berkenaan perkara ini adalah kejujuran. kita akan berbincang dan sentiasa mengukur tahap kejujuran masing-masing, dalam hal begini, banyak keburukan akan wujud walaupun dengan niat asalnya kita untuk berhati hati seterusnya memelihara perhubungan.Kejujuran adalah satu perkara yang harus dipegang dengan yakin dan tidak patut digoyahkan dengan apa perkara sekalipun. namun bagaimana pula sebuah kepercayaan hendak dijalankan dengan sebaik-baik kejujuran?. ini adalah perkara asas yang nampak seakan mudah, tapi terlalu sukar untuk di tafsirkan dengan baik oleh sebuah perhubungan. Mewujudkan kepercayaan dalam diri dengan mengenal pasti tahap kejujuran masing-masing dalam menentukan hala dan tujuan sebuah perhubungan adalah satu perkara yang bukan mudah, banyak aspek dan perkara yang perlu dititikkan,mungkin pada dasarnya adalah sebuah kejujuran, namun tidak mustahil ianya akan menjadi suatu punca dimana kesilapan melaksanakan kejujuran tadi mendatangkan fenomena tidak baik, sebagai contoh seorang yang ingin berlaku jujur mungkin tanpa disedarinya menuturkan atau melakukan sesuatu yang boleh membuatkan pasangan tadi berkecil hati dengan kelakuan jujurnya.
Pasti kita akan nampak kemana dan bagaimana sebenarnya hubungan tersebut akan berjalan.setiap pasangan harus mengenal pasti tentang kelebihan serta kekurangan pasangan, supaya satu hari nanti setelah bertahun menjalin hubungan salah seorang akan mengalami kejutan apabila mengetahui ada lagi perangai atau tabiat pasangan yang tidak diketahui sebelum ini. perkara ini adalah satu perkara yang sangat penting supaya pasangan tadi tak rasa yang pasanganya berpura-pura atau cuba untuk menipu dirinya sebelum ini dengan merahsiakan perangai atau tabiat yang tidak baik itu. adalah sesuatu yang sukar untuk dihadap oleh pasangan andai anda punyai kekurangan yang sebelum ini anda bijak menutupinya.
sebaiknya.. kenali la pasangan dengan lebih mendalam dan terimalah cabaran dengan menerima pasangan tu dalam apa juga keaadaannya, dalam konteks ini, ada yang berpendapat "menerima pasangan seadanya". Perkara utama adalah bagaimana hati itu mengatakan bahawa pilihan itu tadi adalah sebaiknya pilihan, sebelum melihat di mana kekurangan dirinya. selepas yakin dengan pilihan dan nekad tidak akan berundur lagi dengan pilihan, baru la mula meneliti di mana kekurangan dan apa-apa perkara yang harus diperbaiki.menerima pasangan dengan seadanya bukanlah bermaksud menerima sahaja apa kelemahan dan kekurangan yang ada pada pasangan, percayalah, andai perkara ini terjadi, pasti kebosanan akan melanda dengan kekurangan dan kelemahan pasangan ditambah lagi apabila sudah mula hendak menilai pasangan dengan membandingkan dengan yang lain.
Jadi, sebaiknya.. selepas menerima dan meneliti kekurangan tersebut, seorang pasangan harus bertanggungjawap untuk menetukan kelemahan dan kekurangan tadi dapat ditutup dan diatasi sebagai bukti pasangan tadi adalah seorang yang serius untuk bersama si dia. pasangan yang serius perlu mengubah kekurangan atas alasan tiada siapa yang sanggup melihat kekurangan pasangan, dan sesuatu perubahan dari pasangan atas usaha pasangan adalah satu perkara yang akan mencetuskan perasaan yang baru dalam hubungan. Tetapi haruslah menerima dahulu kekurangan pasangan dan barulah berusaha mengubahnya dengan sikit demi sedikit.
ini sekadar pendapat picisan dengan memerhati keadaan sekeliling tanpa di pengaruhi oleh pengalaman. (pengalaman takdak)